Pages

Friday, May 28, 2010

Tahan kentut ketika sembahyang

Entry kali ni nak citer ttg kentut.. takde manusia yg tak kentut kan.. lagi2 yg suke makan pisang.. hahaha..
So, bagi yg tak tahu pasal hukum menahan kentut ketika sedang sembahyang, kat sini ade Sabda Rasulullah SAW berkaitan hal ini.

Dalam sebuah hadis,riwayat daripada Abdullahbin Zaid, katanya:
``Pernah diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang ada lelaki yang merasakan ada sesuatu keluar (daripada duburnya) ketika sedang sembahyang. Baginda menjawab agar ia tidak seharusnya keluar dari tempat sembahyang, sehinggalah ia mendengar bunyi ataupun tercium baunya.''
Berdasarkan hadis ini ternyata bahawa apabila seseorang itu tidak yakin bahawa dirinya benar-benar terkentut atau tidak ketika sembahyang, dia jangan memberhentikan sembahyang.Kecuali ia telah pasti yang dirinya benar-benar terkentut iaitu dengan mendengar suara kentut ataupun tercium baunya. Khayalan seumpama ini boleh terjadi semata-mata kerana waswas syaitan, bukan benar-benar terkentut.

Dalam Musnad dan Sunan Abu Daud, riwayat daripada Abu Said al-Rhudri dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Bahawasanya syaitan itu mendatangi salah seorang daripada kamu ketika sembahyang, lalu ia mengambil sehelai rambut dari duburnya lalu diusapnya,sehingga orang itu merasakan seolah-olah telah terkentut maka janganlah dia beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium bau. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kesimpulan yg dapat dikatakan disini, tidak batal la solat seseorang menahan kentut selagi dia tidak mendengar bunyi angin kentut keluar dari dubur atau pon sehingga tercium bau.. So, selamat menahan.. hehe


Hukum memotong rambut dan kuku ketika berhadas besar

Saya nak sampaikan sedikit info yg saya dapat dari ceramah yg disampaikan oleh Ust Azhar Idrus (tranung) dalam bab Makruh Solat. Mane la tau ramai yg tertanya2 hal ni sebab saya pon tertanya2 jugak sebelum ni..
Ustaz menjawab persoalan mengenai hukum kite memotong rambut atau kuku ketika kite sedang berhadas besar dimana tidak haram seseorang utk memotong rambut atau kuku ketika kite belum menyucikan lagi diri daripada hadas besar.

Semoga terjawab persoalan saudara/saudari yg tertanya2 perkara ini..

Thursday, May 27, 2010

Perbezaan Islam Hadhari dgn Islam Sebenar

Assalamualaikum w.b.t,

Ni sempena nok gi semayang jumaat jap lagi, ambe ade bace artikel hok menarik perhatian ambe since ambe ni keje kat bandor besor yg banyak berlaku pembangunan zaman..
Ambe amik artikel ni dari forum BicaraMuslim utk dikongsi bersama. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Artikel ini menyebut ttg perbezaan antara Islam Hadhari dgn islam yg asal yg dibawakan oleh Rasulullah S.A.W kite.

PERBEZAAN ANTARA ISLAM HADHARI DAN ISLAM

islam
1. islam adalah mabda'(cara hidup) dan digunakan seluruh umat
2. islam menetapkan apa yang wajib dan seterusnya
3. islam mengajar cara berpakaian
4. islam tidak menetapkan umur untuk masuk islam
5. islam menentang keras golongan murtad
6. islam melahirkan mujtaheed
7. islam menggunakan pemerintahan khilafah
8. orang yang mempertikaikan islam boleh membawa kpd murtad
9. islam menghalang orang bermaksiat
10. dibawa oleh Rasulullah
11. islam menetapkan hukum hudud
12. islam menghalang orang makan riba'

islam hadhari
1. islam hadhari bukan cara hidup ataupun mabda' tetapi sure heboh
2. halal haram terbalik(dakwah ditangkap tetapi sure heboh dialukan)
3. islam hadhari membiarkan orang tidak menutup aurat
4. umur bawah 18 tahun mahu memeluk islam mesti dengan kebenaran ibu bapa(habis tu kalau mati dulu macam mana)
5. umur bawah 18 tahun bebas memilih agama
6. melahirkan artis2 popular dengan audition, malaysian idol dan akademi fantasia
7. menggunakan demokrasi (kerajaan rakyat)
8. islam hadhari mmg patut dibanteras
9. islam hadhari membiarkan orang bermaksiat
10. dibawa oleh pak lah
11. hukum ciplak dari mana2 negara kapitalisme ataupun buat sendiri
12. menggalakkan orang makan riba'

kalau nak diikutkan banyak lagi perbezaan islam dan islam hadhari.

Kalo ade yg rase tak patut ambe share artikel ni ghoyat la deh.. ambe delete serta merta..

Wallahua'lam.

Kata² Penganjur

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti sumer hok baru nak dimaklum, nie blog terbaru ambe yg saja dibuat utk share info² yg lebih kepada memperingati diri sendiri dan rakan² seperjuangan yg lain. Maknenye, ambe nok try buat blog ni tempat orang kongsi ilmu² yg dapat memantapkan qualiti kehidupan seharian kite Insyaallah.

Ambe petik kata² Ust Dr. Fadzillah Kamsah:
"Kalau anda inginkan hari anda ceria, anda kenelah mulakan dengan senyuman yg ceria bermula dari bangunnya tidur"

Maknenye kat sini, kalo nok hidup seharian kite ok, kenelah dari bangun pagi tu tunjukkan cara hidup yg ok dah. Seterusnya barulah bley jalani hidup yg ok.

Haa, panjang lagi kalo nok ulas sampai paham.. nnt² la ambe sambung sbb ni cume post perasmian je kan.. mane penonton2 suke dgr ucapan perasmian panjang².

Oklah, ambe nok gi wat air Te'O.. bley makan biskut cicoh air hok ambe wat ni.. sekian..