Pages

Friday, May 28, 2010

Tahan kentut ketika sembahyang

Entry kali ni nak citer ttg kentut.. takde manusia yg tak kentut kan.. lagi2 yg suke makan pisang.. hahaha..
So, bagi yg tak tahu pasal hukum menahan kentut ketika sedang sembahyang, kat sini ade Sabda Rasulullah SAW berkaitan hal ini.

Dalam sebuah hadis,riwayat daripada Abdullahbin Zaid, katanya:
``Pernah diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang ada lelaki yang merasakan ada sesuatu keluar (daripada duburnya) ketika sedang sembahyang. Baginda menjawab agar ia tidak seharusnya keluar dari tempat sembahyang, sehinggalah ia mendengar bunyi ataupun tercium baunya.''
Berdasarkan hadis ini ternyata bahawa apabila seseorang itu tidak yakin bahawa dirinya benar-benar terkentut atau tidak ketika sembahyang, dia jangan memberhentikan sembahyang.Kecuali ia telah pasti yang dirinya benar-benar terkentut iaitu dengan mendengar suara kentut ataupun tercium baunya. Khayalan seumpama ini boleh terjadi semata-mata kerana waswas syaitan, bukan benar-benar terkentut.

Dalam Musnad dan Sunan Abu Daud, riwayat daripada Abu Said al-Rhudri dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Bahawasanya syaitan itu mendatangi salah seorang daripada kamu ketika sembahyang, lalu ia mengambil sehelai rambut dari duburnya lalu diusapnya,sehingga orang itu merasakan seolah-olah telah terkentut maka janganlah dia beredar sehinggalah ia mendengar bunyi atau tercium bau. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kesimpulan yg dapat dikatakan disini, tidak batal la solat seseorang menahan kentut selagi dia tidak mendengar bunyi angin kentut keluar dari dubur atau pon sehingga tercium bau.. So, selamat menahan.. hehe


No comments:

Post a Comment

Gi pasor beli buoh naga,
Beli dua dapat tiga,
Kalo deme sudoh doh bace,
Komenlah kalo ade rase pape..