Pages

Monday, April 11, 2011

Tazkirah pagi - Hablum minallah wa Hablum minannas

Dari Abu Umarah iaitu Al-Bara’ Bin ‘Azid Radiallahu ‘Anhuma, katanya: “Kita semua diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan tujuh (7) perkara” iaitu: (Muttafaq ‘alaih)

Menziarahi orang sakit
Mengiringi jenazah kekuburan
Mendoakan orang yang bersin selepas ia berkata ( Al-hamdulillah ) dengan ucapan (Yarhamukallah)
Menolong orang yang lemah
Membantu orang yang dianiaya
Menyebarkan ucapan salam
Melaksanakan sumpah.

Hadith yang lain dari Abu Yusuf iaitu Abdullah Bin Salam r.a katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan (bersedekah), pereratkanlah hubungan kekeluargaan, bersolatlah ketika manusia lain sedang tidur di waktu malam (Tahajjud) maka engkau semua akan masuk syurga dengan salam (selamat)”. (Riwayat At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith:

  1. Dunia adalah tempat mencari bekalan dan persiapan untuk menuju ke destinasi idaman yang kekal abadi di akhirat iaitu Syurga.
  2. Tingkat dan tahap kedudukan kita di sana sangat dipengaruhi dan bergantung kepada tahap hubungan kita sesama manusia di muka dunia.
  3. Allah s.w.t sengaja mengatur sedemikian demi kebaikan manusia sendiri selain bertujuan untuk memakmurkan dunia secara holistik.
  4. Ramai menyangka hanya cukup menjadi manusia yang taat dengan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Hablum minallah) seperti bersolat dan mengabaikan tanggungjawab sesama manusia (Hablum minannas) atau sebaliknya.
  5. Hadith ini menggambarkan ‘Boarding Pass’ kita menuju ke Syurga dipegang oleh orang lain dengan redha dan izin atau ‘chop pengesahan’ dari Allah s.w.t.
  6. Kepincangan, kecelaruan, kekalutan institusi kekeluargaan yang melanda masyarakat Islam kini yang sarat di media diyakini berpunca dari lunturnya kefahaman (Iman) dan penghayatan beragama (Amal) serta hilangnya budaya menuntut ilmu yang bermula dari membaca (Iqra’).


Sumber: Laman Hidayah(11) Boarding Pass_11Jun10/28Jamadilakhir1431

No comments:

Post a Comment

Gi pasor beli buoh naga,
Beli dua dapat tiga,
Kalo deme sudoh doh bace,
Komenlah kalo ade rase pape..