Pages

Monday, April 11, 2011

Tazkirah pagi - Hablum minallah wa Hablum minannas

Dari Abu Umarah iaitu Al-Bara’ Bin ‘Azid Radiallahu ‘Anhuma, katanya: “Kita semua diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan tujuh (7) perkara” iaitu: (Muttafaq ‘alaih)

Menziarahi orang sakit
Mengiringi jenazah kekuburan
Mendoakan orang yang bersin selepas ia berkata ( Al-hamdulillah ) dengan ucapan (Yarhamukallah)
Menolong orang yang lemah
Membantu orang yang dianiaya
Menyebarkan ucapan salam
Melaksanakan sumpah.

Hadith yang lain dari Abu Yusuf iaitu Abdullah Bin Salam r.a katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan (bersedekah), pereratkanlah hubungan kekeluargaan, bersolatlah ketika manusia lain sedang tidur di waktu malam (Tahajjud) maka engkau semua akan masuk syurga dengan salam (selamat)”. (Riwayat At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith:

  1. Dunia adalah tempat mencari bekalan dan persiapan untuk menuju ke destinasi idaman yang kekal abadi di akhirat iaitu Syurga.
  2. Tingkat dan tahap kedudukan kita di sana sangat dipengaruhi dan bergantung kepada tahap hubungan kita sesama manusia di muka dunia.
  3. Allah s.w.t sengaja mengatur sedemikian demi kebaikan manusia sendiri selain bertujuan untuk memakmurkan dunia secara holistik.
  4. Ramai menyangka hanya cukup menjadi manusia yang taat dengan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t (Hablum minallah) seperti bersolat dan mengabaikan tanggungjawab sesama manusia (Hablum minannas) atau sebaliknya.
  5. Hadith ini menggambarkan ‘Boarding Pass’ kita menuju ke Syurga dipegang oleh orang lain dengan redha dan izin atau ‘chop pengesahan’ dari Allah s.w.t.
  6. Kepincangan, kecelaruan, kekalutan institusi kekeluargaan yang melanda masyarakat Islam kini yang sarat di media diyakini berpunca dari lunturnya kefahaman (Iman) dan penghayatan beragama (Amal) serta hilangnya budaya menuntut ilmu yang bermula dari membaca (Iqra’).


Sumber: Laman Hidayah(11) Boarding Pass_11Jun10/28Jamadilakhir1431

Friday, March 4, 2011

Tazkirah pagi - Istikharah

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanyaRasulullah SAW bersabda:
Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.
Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.

Dalam hadis yang lain:-
-Tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).

- Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)

Cara beristikharah:
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, 
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). 

Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.
*****************************
Disunting dari rileks.info