Pages

Sunday, June 20, 2010

Sifat² isteri yang solehah

Ana baru je menelaah artikel pasal sifat² yg perlu ada diantara suami isteri sebab ana sendiri prepare nak jadi seorang suami sekarang ni. So, eloklah kalo ana share skit² info dari artikel tu. Sebab anan lelaki, so ana akan share pasal sifat² isteri dulu la yer.




Di antara sifat² solehah itu:

Mentaati perintah suami
Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan.

Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya
Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dia sedap dipandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga-bunga, sehingga dia merasakan seakan-akan ditangannya ada hadiah sangat berharga yang diberikan Allah kepadanya, sehingga dia akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia lepas dari tangannya. 

Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya
Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya.  

Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia

Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."
Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang.
Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."
Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)
Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami.
Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan.
Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.

Wallahua'lam..

Post lepas ini ana share pasal sifiat² si suami plak yer.. 

No comments:

Post a Comment

Gi pasor beli buoh naga,
Beli dua dapat tiga,
Kalo deme sudoh doh bace,
Komenlah kalo ade rase pape..