Pages

Monday, June 21, 2010

Ciri² Suami Soleh

Assalamualaikum wbt.



Seperti yg diberitahu dlm entry sebelum ini, disini ana share plak skit² info pasal ciri² suami soleh.
Antara ciri² suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan  kebahagiaan bersama.

Sama² kita membina keluarga yg bahagia didunia dan diakhirat. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment

Gi pasor beli buoh naga,
Beli dua dapat tiga,
Kalo deme sudoh doh bace,
Komenlah kalo ade rase pape..